Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

96) MASALAH PENGHUNI PANGSAPURI KOS RENDAH SRI MUDA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penghuni Pangsapuri Kos Rendah Block B dan C Taman Sri Muda sedang berdepan kemungkinan ancaman maut kerana siling dan bumbungnya sering jatuh di sekeliling pangsapuri, walaupun masalah ini telah diketengahkan kepada pemaju dan Majlis Bandaraya Shah Alam, namun sehingga hari ini tidak ada kerja-kerja pembaikan dilakukan oleh pemaju juga merangkap syarikat penyelenggara. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas mana-mana pihak yang cuai atau dengan sengaja tidak menjalankan tanggungjawab mereka bagi menjaga keselamatan penghuni setempat dan bilakah kerajaan akan bertindak kerana pihak-pihak ini sekian lama mempermainkan penduduk

    Merujuk kepada lawatan tapak bersama Datuk Bandar dan Y.B Tuan Mat
    Shuhaimi Bin Shafei (Adun Sri Muda) serta pihak pemaju pada 11 April 2008,
    pihak pemaju berjanji untuk membaiki kerosakan-kerosakan siling dan
    bumbung pangsapuri tersebut. Walau bagaimanapun penduduk juga perlu
    bertanggungjawab dalam menyelesaikan tunggakan caj-caj penyenggaraan
    kepada pihak pemaju.

Lampiran

Tiada Lampiran.