Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

260) MASALAH PENIAGA RUNCIT WARGA ASING

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri akan mengarahkan PBT-PBT untuk menggubal UUK bagi tambahan syarat pengeluaran lesen dan tred masing-masing dalam mengekang masalah peniaga-peniaga kedai runcit dan alibaba lesen kepada warga asing?

    Setakat ini, tiada sebarang undang-undang atau peraturan yang spesifik bagi mengekang aktiviti dan operasi perniagaan oleh warganegara asing. Walau bagaimanapun Jabatan Pelesenan, PBT Negeri Selangor telah mensyaratkan lesen perniagaan tidak diberikan kepada bukan warganegara Malaysia.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.