Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

86) MASALAH PENIAGA WARGANEGARA ASING DI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat semakin ramai warganegara-warganegara asing yang kini berniaga di Negeri Selangor, contohnya di Flat Chi Liung Pandamaran dan pasar pagi Jalan Papan Pandamaran. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah tersebut memandangkan ia telah mempengaruhi atau menghakiskan perniagaan-perniagaan peniaga tempatan dengan serius?

    Dasar Majlis Perbandaran Klang, tidak mengeluarkan apa-apa lesen penjaja kepada warga asing.

     

    1. Lambakan warga asing di pasar pagi adalah disebabkan mereka diambil bekerja oleh peniaga-peniaga tempatan. Tindakan penguatkuasaan sita barangan diambil jika warga asing berniaga dan barangan tersebut tidak akan

     

    • MPK tidak mempunyai bidang kuasa untuk menahan warga asing yang menjalankan

     

    1. Tindakan penguatkuasaan, penyitaan yang telah dikenakan kepada warga asing yang berniaga di Majlis Perbandaran Klang adalah seperti berikut:

     

    • Bilangan penguatkuasaan sitaan seperti berikut:

     

    TAHUN BILANGAN PENYITAAN
    2012 204
    2013 207

     

    • Tiada pembatalan lesen dilakukan memandangkan Majlis tidak mengeluarkan lesen/permit pasar pagi kepada warga asing. Majlis hanya membuat kutipan harian kepada warganegara tempatan yang menjalankan

     

    Majlis sedang dalam tindakan untuk melesenkan semua penjaja pasar pagi dengan membuat kutipan secara berpenggal dan mengeluarkan Tag Nama kepada penjaja yang menjalankan peniagaan mulai Januari 2014.

     

    Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan secara bersepadu dengan Agensi luar seperti Jabatan Imigresen juga akan dijalankan dengan lebih kerap selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil Penjaja (MPK) 2007.

Lampiran

Tiada Lampiran.