Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

148) MASALAH PENINGKATAN PESAKIT DENGGI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kaedah baru yang digunakan oleh Kerajaan dalam mengawal penyakit denggi ?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan menangani masalah denggi di Negeri selangor melalui pendekatan aktiviti kesedaran dan pendidikan. Pendidikan kesihatan kepada pelajar-pelajar sekolah iaitu di peringkat Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan Cina dan India, Sekolah Rendah Agama Rakyat dan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta telah

    Kerajaan Negeri Selangor percaya dengan usaha mendidik pelajar-pelajar sekolah ini dapat mengubah sikap dan pemikiran masyarakat dalam jangka masa panjang agar sentiasa mementingkan kebersihan dan memastikan kawasan persekitaran mereka bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes seterusnya dapat mengurangkan kes denggi di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.