Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

219) MASALAH PENYELENGGARAAN JALAN-JALAN JKR PERSEKUTUAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jalan-jalan JKR Persekutuan telah tidak diselenggarakan di mana jalan-jalan yang lama rosak tidak diturap, contohnya Jalan FT 3218 termasuk Jalan Kim Chuan, Jalan Pandamaran dan Jalan Banting Pandamaran. Ini telah sangat menyusahkan penduduk-penduduk di kawasan Pandamaran dan sekitarnya. Apakah langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut?

    Pada tahun 2016, JKR Selangor telah memohon peruntukan bagi kerja-kerja penyenggaraan jalan persekutuan di daerah Klang daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM59 juta. Sehingga kini peruntukan bagi daerah Klang yang diluluskan bagi penyenggaraan jalan persekutuan adalah sebanyak RM8.26 juta. JKR Selangor telah membuat permohonan bagi penyenggaraan jalan FT 3218 telah dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya pada 14 Mac 2016 yang lalu.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.