Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

101) MASALAH PENYELENGGARAAN TASIK COVA DI PJU 3

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan dan tindakan yang telah ,sedang dan akan dilakukan untuk menangani masalah Tasik Cova yang mendatangkan suasana yang tidak selesa kepada penduduk sekitar?

    Terkini isu Tasik Cova sedang didalam tindakan pihak JPS menyediakan kertas untuk diangkat ke MTES bagi mendapatkan halatuju dan keputusan mengenai pertikaian status tapak tersebut. Pihak Majlis akan memberi kerjasama kepada JPS dalam apa juga perkara yang diputuskan oleh MTES kelak. Pada masa ini pihak Majlis melaksanakan pemotongan rumput secara berkala untuk memastikan kebersihan tapak terkawal.

Lampiran

Tiada Lampiran.