Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

93) MASALAH PERMOHONAN TANAH BAGAN SEKINCHAN DAN BAGAN BNO

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah status terkini proses permohonan dan pewartaan tanah lorong 6 hingga lorong 12 Bagan Sekinchan ?

    Perkembangan terkini tentang proses permohonan tanah lorong 6 hingga lorong 12 yang telah diluluskan oleh MMKN pada 9 Februari 2011 adalah di peringkat untuk penyediaan pelan PA kawasan yang telah dilulus pembatalan rizab Melayu seperti yang diperlukan oleh Penasihat Undang-undang PTG pada 10 Oktober 2011. Pihak Pentadbir Tanah Daerah sedang menyediakan pelan PA kawasan yang telah diluluskan pembatalan.

Lampiran

Tiada Lampiran.