Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

313) MASALAH PERPARITAN GUNASAMA DI LOT-LOT PERSENDIRIAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan peruntukan khas setiap tahun bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di dalam lot-lot persendirian?

    Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mewujudkan peruntukan khas setiap tahun bagi menyelesaikan masalah banjir di dalam lot persendirian kerana longkang konkrit di dalam lot persendirian adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.