Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

14) MASALAH PERTANIAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan pendapatan pesawah dan pekebun kecil sawit tidak menentu disebabkan penyakit dan harga komuniti sawit mengikut pasaran antarabangsa. Apakah cadangan kerajaan bagi petani mendapatkan sumber pendapatan tambahan lain?

    Melalui skim pembangunan industri tanaman, pelbagai program disediakan oleh Jabatan Pertanian bagi meningkatkan pendapatan pesawah dan pekebun kecil. Antaranya menggalakkan petani menceburkan diri dalam bidang usaha industri asas tani seperti pembuatan makanan, membuat tanaman selingan kontan dan ternakan kelulut, tanaman buah-buahan dan cendawan bagi mengurangkan pergantungan yang tinggi kepada tanaman sawit. Bagi sawah, program rawatan tanah telah dilaksanakan dengan penggunaan mikrob dan bahan organik bagi membantu meningkatkan hasil padi dan cadangan bagi tanaman jagung bagi meningkatkan pendapatan sampingan.

Lampiran

Tiada Lampiran.