Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

63) MASALAH PERTANIAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah dibenarkan kepada pesawah menukar status tanah sawah kepada tanaman lain di kawasan sawah yang mengalami penurunan hasil pendapatan?

    Syarat guna tanah di kawasan sawah adalah untuk tanaman padi seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Fizikal Negara dan Rancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar. Walau bagaimanapun, bagi kawasan yang berproduktiviti rendah, pesawah boleh diberi pilihan menanam tanaman kontan  untuk beberapa musim. Perkara tidak menjadi dasar Negeri tetapi boleh dipertimbangkan mengikut keadaan semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.