Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

14) MASALAH PERUMAHAN KAMPUNG BUNGA RAYA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan masalah perumahan/penempatan penduduk di Kampung Bunga Raya Seksyen U6?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pentadbiran ini telah membuat semakan dan mendapati Kampung Bunga Raya di Seksyen U6 tidak termasuk dalam senarai statistik peneroka bandar (setinggan) yang dikeluarkan pentadbiran ini. Difahamkan juga, semakan pentadbiran ini melalui Pejabat Daerah dan Tanah Petaling dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mendapati bahawa ianya tiada di dalam senarai bancian peneroka bandar (setinggan).

    Oleh yang demikian, pentadbiran ini memohon agar lokasi serta alamat perumahan/penempatan yang ingin dibangkitkan dinyatakan dengan lebih terperinci bagi memudahkan pengenalpastian lokasi setinggan yang terlibat. Untuk itu, Yang Berhormat dipohon supaya merujuk terus kepada Pejabat Daerah dan Tanah Petaling dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memandangkan perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa agensi berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.