Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

311) MASALAH PERUMAHAN TAMAN DÕMENARA DUN DENGKIL

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan dari Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan permasalahan pembeli rumah di kawasan Taman DÕMenara, Bukit Changgang?

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor telah mengadakan beberapa siri mesyuarat sejak tahun 2011. Antara perkara yang dibincangkan adalah keupayaan pemaju asal, aduan pembeli petak, hal tanah dan pematuhan keperluan teknikal yang perlu dipatuhi oleh pemaju (Tetuan Rhea Zadani Corporation Sdn Bhd).

    ·    Status terkini:

     

    Masalah Menyiapkan Pembangunan Perumahan.

    Pemaju baru (Tetuan Setia Murni Sdn Bhd) yang dilantik oleh tuan tanah (Syarikat Gegas Hartawan) masih dalam usaha mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi bagi mengambil alih projek daripada pemaju asal (Tetuan Rhea Zadani Corporation Sdn Bhd)

     

    –      Kes masih dalam prosiding di Mahkamah Tinggi bagi tuntutan balas akan berlangsung pada 5 – 10 Jun 2016.

     

    Kelulusan CFO (Sijil Layak Menduduki) akan dapat diperolehi oleh pembeli rumah (Petak) seperti berikut:

     

    Bangunan Blok Tulip 1 Dan Tulip 2 (P3B1 & B2)

    (2 Blok Rumah Pangsa 5 tingkat mengandungi 100 unit rumah harga sederhana tinggi) – telah ada TCFO 19.03.2013 dan telah diduduki.

    • Masalah mendapatkan CFO Penuh
    • Urusan hakmilik srata & cantuman
    • Perlu sokongan CFO penuh daripada SYABAS.

     

    Bangunan Blok Morning Glory 2 (P2 B2)

    (1 Blok Rumah Pangsa 4 tingkat mengandungi 48 unit rumah harga sederhana dan 8 unit kedai di tingkat bawah – lulus TCFO bersyarat pada 16.03.2011).

    • Masalah mendapatkan CFO Penuh
    • Perlu membaiki petak yang
    • Perlu persetujuan pembeli bagi pengeluaran
    • Tiada bekalan air – tunggu kelulusan

Lampiran

Tiada Lampiran.