Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

195) MASALAH PERWARTAAN DAN PERMOHONAN HAKMILIK TANAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan status terkini perkembangan permohonan perwartaan tanah lorong 6-12 Bagan Sekinchan?

    Permohonan pembatalan Rizab Melayu Tanjung Karang di kawasan Lorong 6 – 12 Bagan Sekinchan, Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 31.2 hektar (77 ekar) dan penggantian Rizab Melayu di Sungai Tengar Utara, Daerah Sabak Bernam telah diwartakan pada 04 Jun 2015 melalui Warta Kerajaan No. 1933. Walau bagaimanapun, semakan Warta Kerajaan tersebut mendapati bahawa terdapat keperluan untuk pembetulan butiran ‘Mukim’ daripada Tanjong Karang kepada Pekan Sekinchan. Sehubungan dengan itu, permohonan pindaan Warta Kerajaan telah dikemukakan kepada Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada 10 Julai 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.