MASALAH POTONGAN BASAH PADI YANG MELAMPAU TINGGI

36) MASALAH POTONGAN BASAH PADI YANG MELAMPAU TINGGI

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan apakah rasionalnya petani dikenakan potongan basah padi yang melebihi 20% hingga 30% ?

    Rasionalisasi pemotongan basah padi ini adalah sebagai tahap piawaian ataupun standard untuk para petani dalam menjaga kualiti hasil padi mereka.

    Pemotongan hidup atau pemutuan sebenar 20-30% dengan harga RM1200/mt adalah untuk menjamin kualiti padi yang akan diproses menjadi beras.

    Harga pemutuan sebenar ini juga memberi faedah kepada petani padi di Malaysia yang dahulunya tidak dapat menikmati harga yang padi yang sama seperti dinikmati di Selangor. Walaubagaimanapun pemotongan basah ini tidak digunapakai bagi kawasan penanaman padi untuk tujuan dijadikan padi benih.

Lampiran

Tiada Lampiran.