Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

66) MASALAH PROGRAM “SETINGGAN SIFAR”

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kerajaan negeri membantu mereka yang gagal mendapat rumah kos rendah akibat penyelewengan atau kesilapan lalu untuk mendapat rumah baru?

    Tiada laporan yang diterima oleh Kerajaan Negeri berkenaan isu penyelewengan pengagihan rumah kos rendah kepada setinggan sepanjang program Selangor Setinggan Sitar dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri terdahulu. Ini disebabkan hanya setinggan yang dibanci oleh Pihak Serkuasa Tempatan (PST) sahaja layak ditawarkan rumah kos rendah pada harga RM 35,000.00 seunit. Nama-nama setinggan yang dibanci juga diperakukan bersama oleh Jawatankuasa setinggan PST berkenaan yang terdiri daripada ADUN kawasan, Pejabat Tanah/Daerah serta wakil penduduk setinggan itu sendiri. Mengikut rekod bancian semua PST didapati nama-nama yang tersenarai telah pun ditawarkan rumah kos rendah pada harga RM 35,000.00 seunit dan mereka yang tidak berminat menerima tawaran rumah telah pun mengambil wang RM 7,000.00 untuk keluar daripada penempatan setinggan. Walau bagaimanapun, keluarga tambahan (extended family) juga layak dipertimbangkanrumah kos rendah tetapi pada harga RM 42,000.00 seunit

Lampiran

Tiada Lampiran.