Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

28) MASALAH PROJEK SAKIT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan projek JPS, JKR dan PBT yang mempunyai status projek sakit.

    Untuk makluman, mengikut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PK 4.5), Tatacara Pengurusan Projek Sakit dan Pelantikan Kontraktor Penyiap Bagi Projek Sakit, projek sakit adalah projek yang mengalami kelewatan melebihi dua (2) bulan atau 20% (mengikut mana yang terdahulu) berbanding jadual yang ditetapkan dalam kontrak dan kontraktor adalah tidak berupaya untuk memperbaiki prestasinya.

     

    Pada masa ini terdapat 8 projek sakit di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor seperti senarai di bawah.

     

    BIL. PROJEK SEBAB LEWAT
    1 Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran

    Di Pekan Meru, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan

    Isu pengalihan utiliti.
    2 Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Sekolah Tengku Ampuan Rahimah (STAR) Keadaan semasa di tapak yang bersebelahan dengan kawasan perumahan                                  menyebabkan

    rekabentuk semula projek.

    3 Kerja-Kerja Menaiktaraf Sg. Kedondong Dari Ch 0 Hingga Ch 1150 Dan Kerja- Kerja Berkaitan Daerah Petaling, Selangor Isu perobohan struktur haram di rizab sungai yang belum dilaksanakan.
    4 Projek Tebatan Banjir Kampung Melayu Subang Di Sungai Pelempas Dan Kerja-

    Kerja      Berkaitan     Daerah               Petaling, Selangor Darul Ehsan (Fasa 1)

    Isu perobohan struktur haram di rizab sungai yang belum dilaksanakan.

     

    BIL. PROJEK SEBAB LEWAT
    5 Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kuang Fasa 1, Mukim Rawang, Daerah Gombak – Projek Menaiktaraf Anak Sungai Kuang Di Bandar Baru Kundang Dan Kerja-Kerja Berkaitan, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Isu bantahan daripada tokong dan pencerobohan kawasan kolam takungan. Kawasan kolam takungan telah diwartakan pada 28.03.2019.
    6 Projek Tebatan Banjir Di Sg. Jijan,

    Mukim Labu

    Isu pengalihan utiliti.
    7 Projek        Tebatan        Banjir                          Sungai Jenderam,      Mukim                   Dengkil,      Daerah

    Sepang

    Isu bantahan daripada orang asli. Jajaran                  projek                     merupakan

    kawasan rayau orang asli.

    8 Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Belakang Plaza Hugo, Sg.

    Chua,   Mukim   Kajang,   Daerah              Hulu Langat, Selangor (Fasa 2)

    Isu pengalihan utiliti.

     

    Manakala bagi Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor pula terdapat 6 projek sakit iaitu:

     

    BIL. PROJEK SEBAB LEWAT
    1 Menaiktaraf Jalan Melati, Kuang, Mukim Rawang Pengalihan utiliti (TNB, Digi, TM)
    2 Menaiktaraf B27, Jalan Rawang – Batang Berjuntai (Fasa 2) Dari Persimpangan Bandar Country Homes Ke Sempadan Daerah Kuala Selangor kelewatan       pihak       kontraktor melaksanakan kerja di tapak.
    3 Membina Jambatan Di Atas Lebuhraya Utara Selatan Di Jalan Batu Arang – Batang Berjuntai i.         Isu banjir

    ii.         Permit LLM

    iii.         Utiliti

    4 Menaiktaraf Jalan B23 Jalan Sg Tua Dan Persimpangan Kg. Bendahara, Sungai Tua i.         Utiliti

    ii.         Perobohan tembok kuil

    iii.         Banjir

    5 Menaiktaraf Jalan Kg. Lombong Fasa 1 & Fasa 2 Kelewatan Kerja Pengalihan Utiliti (Syabas & Telekom Malaysia,TM) menyebabkan kerja-kerja lain seperti earthworks, kerja-kerja longkang, geotechnical dan pavement    tidak            dapat dilaksanakan. Di mana kelewatan kerja pengalihan Syabas adalah kerana pertambahan skop line stooping dari pihak Syabas bagi mengurangkan      risiko      piping

    diversion       delay.       Manakala

     

    BIL. PROJEK SEBAB LEWAT
        kelewatan kerja pengalihan TM adalah kerana kelewatan dan ketidaksediaan barangan dari pihak TM seperti ducting, GI piping dan mainhole serta perubahan dan penambahan

    skop kerja oleh pihak TM.

    6 Menaiktaraf        Jalan                             Semenanjung Bernam 3 Pengalihan utiliti TNB dan paip SYABAS. Pihak utiliti lewat dalam memberikan pengesahan skop dan kos. Namun begitu, pihak TNB telah mengeluarkan surat tiada halangan bagi pengalihan tiang elektrik kepada JKR Daerah Sabak Bernam dengan anggaran

    sebanyak RM90,000,000.00.

     

    Sementara itu, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta tahun 2019 bagi projek-projek PBT. Projek-projek PBT ini hanyalah projek- projek kecil yang kebanyakkannya hanya bernilai di bawah RM100 ribu dan tempoh siap sekitar 2 hingga 3 bulan. Setakat ini, projek-projek ini tiada yang berstatus projek sakit.

Lampiran

Tiada Lampiran.