Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

9) MASALAH REMAJA DAN BELIA HAMIL

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memberi bantuan fizikal dan psikososial kepada remaja dan belia yang hamil di luar ikatan perkahwinan?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi sentiasa berusaha meminimumkan masalah gejala sosial yang melanda masyarakat di Negeri Selangor khususnya golongan

     

    Sehingga kini tiada bantuan fizikal yang diberikan secara terus kepada mereka yang hamil di luar ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun Kerajaan memandang serius mengenai masalah ini dan akan mencari alternatif yang terbaik bagi

     

    Bantuan psikososial disediakan melalui Pusat Kaunseling Selangor (Talian Sahabat) yang dikawal selia oleh Cawangan Pengurusan Kaunseling dan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang beroperasi di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Shah Alam. Oleh itu, remaja dan belia yang ingin mendapat perkhidmatan kaunseling psikologi boleh mendapatkannya secara sukarela dan percuma di pejabat

Lampiran

Tiada Lampiran.