Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

109) MASALAH RUMAH MENDAP DI JALAN 101 JALAN PLUMBUM SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan PKNS bagi membantu penduduk untuk memperbaiki rumah mereka yang mendap ?.

    1. TAWARAN PKNS KEPADA PENDUDUK

     

    PKNS membeli semula rumah dengan harga penilaian semasa seperti tawaran PKNS kepada Penduduk pada 24 Jun 2013. Tawaran adalah bermula dari RM405,000.00 sehingga RM900,000.00. Selain itu, penduduk ditawarkan diskaun 10% bagi rumah baru PKNS sekiranya berminat untuk

     

    ATAU

     

    PKNS membaikpulih bangunan dengan kaedah perunding Dato’ Ir. Dr. Gue See Sew (termasuk mengecat semula keseluruhan rumah) dengan menawarkan pemindahan sementara dengan kos sewaan bulanan rumah sewa berjumlah RM2,000 (intermediate lot) hingga RM2,500 (corner lot) serta kos pengangkutan pemindahan ditanggung oleh PKNS. Tawaran ini adalah termasuk :-

     

    • PKNS akan menyenaraikan agen-agen hartanah di sekitar Lembah Klang sebagai rujukan pihak penduduk dalam mencari rumah yang bersesuaian.
    • Perabot/barang-barang/’fitting’ yang ditinggalkan di dalam rumah yang mengalami kerosakan semasa kerja-kerja dilaksanakan akan dibaikpulih/diganti oleh
    • Semua keretakan/kerosakan dalam rumah yang disebabkan oleh mendapan tanah atau yang berkaitan dengan kerja-kerja baikpulih akan ditanggung oleh

     

    • Kerosakan pada bangunan tambahan/ubahsuai akan dibaikpulih oleh PKNS dan kos akan ditanggung oleh

     

    STATUS RUNDINGAN BERSAMA PENDUDUK

     

    1. Penduduk yang bersetuju untuk menjual –           5 unit
    2. Penduduk yang telah berpindah sementara –           11 unit
    3. Penduduk yang mengambil tindakan mahkamah –           21 unit
    4. Penduduk yang tidak memberi maklumbalas –           22 unit

     

    (Rujuk Lampiran A1)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.