Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

106) MASALAH RUMAH RETAK DISEBABKAN OLEH PROJEK JKR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pembinaan Balai Bomba BTHO telah menyebabkan 2 rumah mengalami masalah rentak pada tahun 2016. Tiada apa-apa tindakan diambil atas kontraktor walaupun kontraktor tidak mematuhi arahan JKR iaitu membaiki dua rumah tersebut. Apakah tindakan akan diambil terhadap JKR dan kontraktor?

    Pihak JKR ambil maklum dengan isu yang dibangkitkan.

    Untuk makluman, berdasarkan klausa 14 syarat-syarat kontrak JKR 203A (Pind. 1/2010) antara lain memperuntukan bahawa kontraktor hendaklah bertanggungjawab dan menanggung rugi Kerajaan terhadap apa-apa kemalangan, kecederaan diri, kemataian, kerugian atau kerosakan harta termasuklah harta pihak ketiga. Manakala Klausa 14 (b) syarat-syarat kontrak ini juga menyebut bahawa tanggung rugi oleh kontraktor kepada Kerajaan hanya boleh dikenakan apabila kemungkiran atau kecuaian berpunca daripaa Kontraktor, subkontraktor atau para pekerja bagi pekara yang berkaitan  dengan tanggugjawab Kontraktor sahaja. Oleh yang demikian, sekiranya jelas  keretakan di 2 unit rumah tersebut dapat dibuktikan adalah berpunca daripada perlakuan pihak Kontraktor dalam menjalankan kerjanya, maka kontraktor perlulah bertanggungjawab sepenuhnya untukmembaiki keretakan tersebut.

    Sehubungan dengan itu pihak JKR melalui surat kepada pejabat YB Dun Balakong pada 12 Jun 2019 telah memohon pengemukaan bukti-bukti keretakan berpunca daripada perlakuan pihak kontraktor supaya tindakan lanjut dapat diambil terhadap kontraktor. Walaubagaimanapun sehingga kini pihak JKR tidak menerima sebarang maklumbalas.

    Pembuktian ini adalah perlu sebagai asas kepada perundangan bagi menjaga kepentingan kerajaan daripada tindakan oleh pihak kontraktor seperti CIPPA, Abritration dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.