Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

122) MASALAH SAMPAH HARAM

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan berniat untuk meningkatkan denda maksima kepada mereka yang ditangkap membuang sampah haram?

    Kerajaan Negeri sememangnya ingin meningkatkan denda maksima kepada individu yang didapati bersalah membuang/melupuskan sampah di tapak pelupusan sampah yang tidak dibenarkan sebagai langkah pencegahan terhadap masalah pembuangan/pelupusan sampah melalui pewujudan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, hasrat ini juga telah dimaklumkan kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memohon rundingan perkara tersebut selaras dengan Perkara 79 Perlembagaan Persekutuan yang mengkehendaki Kerajaan Negeri berunding dengan Kerajaan Persekutuan sebelum Enakmen tersebut boleh dibentangkan. Selain itu, peruntukan kesalahan dan hukuman yang diperuntukan di dalam Enakmen tersebut juga hendaklah dirujuk dan dipersetujui oleh Jabatan Peguam Negara terlebih dahulu.

Lampiran

Tiada Lampiran.