Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

133) MASALAH SAMPAH KEBUN DAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah baru yang dirancang untuk mengatasi masalah kutipan sampah kebun dan sampah pukal di kawasan bandar?

    Antara langkah baru yang telah dijalankan di kawasan bandar adalah seperti:-

    • Menambah jadual kutipan sampah kebun dari dua (2) kali kepada lapan (8) kali dan sampah pukal 12 kali sebulan; ii. Menyediakan pasukan “Wood Chipper”;
    • Menubuhkan unit “Task Force” atau unit “Flying Squad”;
    • Menyediakan tapak pembuangan sampah serta tong RORO di kawasan pasar dan pembinaan; dan
    • Mengarahkan kontraktor menjalankan kerja-kerja kutipan sampah kebun atau pukal pada hari-hari tertentu.

Lampiran

Tiada Lampiran.