Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

80) MASALAH SAMPAH

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah sampah yang tidak berkesudahan. Adakah tindakan tegas akan dikenakan kepada pesalah yang membuang sampah di kawasan awam?

    Pada masa ini punca kuasa PBT dalam menguruskan sampah adalah melalui Akta 171- Akta Kerajaan Tempatan di mana hukuman kepada pesalah yang membuang sampah di tempat awam boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000.00 dan kenderaan bagi membuang sampah akan disita oleh PBT. Bagi kesalahan yang dilakukan oleh individu di kawasan awam atau komersil, PBT boleh mengenakan kompaun serta merta di lokasi kejadian dengan mengguna pakai Undang-Undang Kecil Pungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah-Sarap 2007. Contohnya, pihak MPK telah melaksanakan operasi ini di kawasan tumpuan orang awam iaitu di Pusat Bandar Klang dan kawasan taman awam seperti Komplek Sukan Pandamaran di mana pesalah akan dikenakan tindakan kompoun serta merta sebanyak RM10.00 bagi setiap kesalahan. Sepanjang tahun 2018, sebanyak 2,043 kompaun dikenakan serta merta kepada individu yang didapati bersalah.

Lampiran

Tiada Lampiran.