Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

73) MASALAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAMANSARA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Masalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Damansara sudah melebihi 7 tahun sengaja ditutupkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tanpa alasan yang munasabah malah terdapat khabar-khabar angin negatif tentang status tanah sekolah berkenaan. Apakah status sebenar tapak tanah sekolah berkenaan?

    Dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia menutup sekolah tersebut pada
    tahun 2002 kerana permohonan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru
    (PIBG) dan Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) sekolah tersebut supaya sekolah
    tersebut dipindahkan ke Tropicana atas alasan tapak lama terlalu kecil hanya 0.8
    ekar dan terletak di tepi Lebuh raya yang membabitkan isu keselamatan dan
    kesesakan lalu lintas.
    a) Tanah milik PesuruhjayaTanah Persekutuan(PTP)

Lampiran

Tiada Lampiran.