Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

26) MASALAH SOSIAL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah sosial seperti gejala pembuangan bayi tetap berlaku di Selangor walaupun telah diperintah oleh Pakatan Rakyat. Apakah mekanisme kerajaan untuk membanteras masalah sosial?

    Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah portfolio Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah mengambil langkah yang proaktif di dalam merancang dan merangka Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial. Pada peringkat pertama satu mekanisme khusus telah diwujudkan seperti berikut :

    1. i) Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Peringkat Negeri Penubuhan Jawatankuasa ini berperanan untuk menjadi agen yang dapat menghasilkan perancangan strategik dalam meningkatkan usaha menangani masalah gejala sosial secara efektif. Jabatan / agensi terlibat adalah seperti di bawah :
      1. Semua Pejabat Daerah;
      2. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
      3. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
      4. Polis Diraja Malaysia Selangor (PDRM);
      5. PEMADAM;
      6. Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung

    (JKKK);

    1. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS);
    2. Jabatan Kebajikan Masyarakat;
    3. Lembaga Zakat Selangor;
    4. Jabatan Pelajaran;
    5. Jabatan Kesihatan;
    6. Jabatan Pendaftaran Negara;
    7. IPTA / IPTS
    8. Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru (MPPIBG);
    9. Majlis Permuafakatan Tadika Selangor;
    10. Wakil Media; dan
    11. Persatuan Belia, Persatuan Wanita, PIBG, MPTS, IPTS serta NGO
    • Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Peringkat Daerah.

    Selain itu, Penubuhan Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Daerah yang melibatkan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pertubuhan Belia, Pertubuhan Wanita, Ketua – ketua Kaum, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Persatuan Penduduk dan NGO. Peranan dan matlamat penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk :

    1. Merancang program, mengenalpasti masalah / punca untuk dibincangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Induk di peringkat Negeri.
    2. Menubuhkan Bilik Gerakan GeMS di setiap daerah dan memastikan program dilaksanakan dengan efektif contohnya melaksanakan latihan kemahiran bersiri secara bulanan atau mingguan dengan fokus kepada minat remaja dan belia masa kini. Selain itu, mewujudkan Talian Kasih bagi memudahkan remaja, belia dan ibu bapa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan panduan atas isu  yang berkaitan seperti aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan agama. Talian ini boleh dikategorikan sebagai talian kaunseling Masyarakat.
    • Penglibatan NGO

    Mempertingkatkan pembabitan NGO di dalam menyokong perancangan dan membantu pelaksanaan program.

    • Unit Gejala Sosial Negeri

    Penubuhan Unit Gejala Sosial berfungsi untuk menyelaras dan menyelenggara setiap program yang di rancang dilaksanakan secara agresif dan bersepadu.

    Bagi memastikan keberkesanan program beberapa tindakan dan langkah telah diambil iaitu dengan menggunakan Pendekatan 5P seperti berikut :

    • Pencegahan

    Program dijalankan kepada golongan yang berisiko tinggi yang terdedah kepada masalah sosial seperti remaja, belia dan anak-anak daripada pasangan yang mengalami masalah rumah tangga seperti mengadakan Kursus Jati Diri Remaja (GeMS).

    • Pembangunan dan Pemulihan

    Dilaksanakan secara berterusan  kepada mereka yang telah terjebak dengan gejala sosial dengan sesi kaunseling dan dihantar ke Kem Pemulihan akhlak. Jawatankuasa Masjid dan JKKK, PIBG serta NGO akan dilibatkan secara aktif untuk memastikan pendekatan “terapi keluarga” seperti bengkel keluarga bahagia.

    • Pencelahan dan Penguatkuasaan

    Dilaksanakan secara berperingkat dan berdasarkan kepada keperluan dan dilaksanakan oleh Jabatan dan Agensi yang berkenaan seperti Kempen Anti Zina.

    • Mewujudkan projek perintis Pusat Sehenti GeMS yang menggunakan konsep kolabrasi sinergistik dengan melibatkan semua Jabatan dan Agensi Kerajaan serta penduduk setempat untuk berkongsi hasrat bersama membebaskan komunitinya daripada gejala sosial.

    Berikutan kewujudan mekanisme khusus yang menumpukan kepada usaha membanteras masalah sosial ini, maka program yang dirancang akan lebih tersusun, kemas dan efektif.

Lampiran

Tiada Lampiran.