Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

175) MASALAH SOSIAL DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan terkini yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam menangani masalah sosial ketika ini.

    Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial disediakan sebagai panduan untuk melaksanakan tindakan menangani gejala sosial secara holistik dan bersepadu. Ianya meliputi semua aspek bagi memastikan tindakan menangani gejala sosial dapat dilaksanakan dengan berkesan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebagai Negeri Selamat, Sejahtera dan Berkebajikan. Semua Program Menangani Gejala Sosial akan dikenali sebagai Program Generasi Idaman Selangor (GeMS).

    Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) adalah satu langkah serius yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani isu gejala sosial yang melanda masyarakat di Negeri Selangor. Satu Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Peringkat Negeri Selangor yang dipengerusi oleh YB Dr Hajah Halimah Ali, Pengerusi Jawantankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

    Jawatankuasa yang bersifat inklusif dan telah diwujudkan di setiap Daerah  yang melibatkan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor JAIS, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, JKKK, Jabatan Pelajaran Selangor, Pertubuhan Belia,Pertubuhan Wanita, Majlis Permuafakatan Guru MPPBIG, Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Majlis Intitutsi Pendidikan Islam Selangor, Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor, Ketua-ketua kaum, Persatuan Pesara, Kaunselor dan Agensi dan NGO,s yang berkaitan.

    Kerajaan Negeri bersetuju untuk menggunakan pendekatan bersepadu iaitu 5P :

    1) Pembangunan (Development)
    2) Pencegahan (Prevention)
    3) Pencelahan (Intervention)
    4) Penguatkuasaan (Enforcement)
    5) Pemulihan (Rehabilitation)

Lampiran

Tiada Lampiran.