Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

51) MASALAH SOSIAL DI PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah sosial di kawasan perumahan kos rendah?

    Berdasarkan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], hakmilik tanah bagi sesebuah kawasan pemajuan strata adalah hakmilik semua pemilik dan mereka bertanggungjawab untuk menyenggara dan mengurus bangunan pangsapuri sendiri termasuk aspek keselamatan. Walau bagaimanapun, atas dasar keprihatinan, Kerajaan Negeri telah memberi bantuan kewangan sejumlah RM10,000 setahun dan membekal 5 set peralatan kepada JMB dan MC untuk melaksanakan program dan membuat rondaan keselamatan di pangsapuri mereka. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan peruntukan khas untuk menyalurkan sumbangan kepada penduduk sukarela yang meninggal dunia atau mengalami kemalangan semasa membuat rondaan seperti berikut:

     

    • Meninggal dunia RM10,200.00.

     

    • Hilang upaya kekal RM10,000.00

     

    • Kecederaan

    berdasarkan kos perubatan sebenar (amaun bayaran maksimum  yang akan dibayar sehingga RM2,000.00 sahaja)

     

    Namun begitu, berdasarkan daripada maklum balas yang diterima daripada JMB dan MC, kaedah pemantauan keselamatan secara rondaan adalah sukar dilaksanakan secara konsisten berdasarkan senario kehidupan masa kini. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah menambah baik dengan membenarkan JMB dan MC menggunakan sebahagian daripada peruntukan geran tahunan SEROJA untuk memasang CCTV kerana ianya merupakan kaedah yang paling relevan pada era moden ini. Selain itu, pihak JMB dan MC perlu memberi maklumat mengenai bilangan kes jenayah yang berlaku di pangsapuri mereka kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor pada setiap bulan. Maklumat ini sangat  penting untuk Kerajaan Negeri membuat analisis ke atas keberkesanan dan

     

    menambahbaik program SEROJA dari semasa ke semasa dengan kerjasama PDRM.

Lampiran

Tiada Lampiran.