Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

147) MASALAH SOSIAL RAKYAT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Keruntuhan akhlak, bersekedudukan dan pembuangan bayi semakin berleluasa di negeri Selangor bukan saja kepada rakyat Malaysia warga pendatang yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam. Apakah langkah-langkah yang telah dibuat oleh Jabatan Agama Islam dan juga peranan agama lain bagi membendung gejala ini

    Di antara langkah-langkah yang telah dibuat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS
    bagi membendung masalah sosial rakyat yang meliputi kes berkesedudukan dan
    pembuangan bayi ialah melalui :
    1) Penerangan setiap bulan di peringkat negeri dan daerah tentang jenayah
    syariah samada di sekolah, kolej atau IPT dan juga masjid-masjid.
    2) Mengadakan kursus khas yang dinamakan Kursus Bimbingan Rohani
    (KUBRO) – (bagi kes-kes yang melibatkan kelakuan kurang sopan di tempat
    awam, atau kes yang tidak cukup bukti atau saksi untuk dibawa ke
    mahkamah).
    3) Mengadakan Seminar “Masih Ada Yang Sayang” – (bagi mereka yang
    bekerja sebagai tukang urut batin, GRO, orang yang bekerja di premis
    menjual arak, pelayan bar dan lain-lain)
    4) Membuat Program Khas “HARAPANKU SUBUR KEMBALI” – (bagi wanitawanita yang melahirkan anak tidak sah taraf)
    Bahagian-bahagian lain di JAIS seperti Bahagian Dakwah, Bahagian UndangUndang-Keluarga dan Pejabat Agama Islam Daerah juga bertanggungjawab dan
    turut melaksanakan banyak program bagi menangani masalah ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.