Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

41) MASALAH SOSIOEKONOMI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Ladang-Iadang semakin berkurangan. Pembangunan ladang-Iadang terutamanya ladang kelapa sawit menjadi kawasan perumahan menimbulkan masalah sosioekonomi. Apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasinya?

    Kerajaan Negeri sedar bahawa pembangunan ladang kelapa sawit menimbulkan
    dan meningkatkan kadar masalah sosioekonomi di ladang-Iadang. Justeru,
    kerajaan Negeri mengambil beberapa pendekatan agar masalah ini dapat
    dikurangkan. Sehubungan itu beberapa langkah jangka pendek dan jangka
    panjang telah diambil bagi mengatasi masalah ini.
    Langkah jangka pendek :-
    i) Mengadakan dialog dan perjumpaan bersama pengurus dan pemilik
    ladang.
    ii) Turun ke ladang-Iadang yang mempunyai masalah dan mengadakan
    perbincanganbersama pemilik ladang
    iii) Memastikan semua pemilik ladang menyediakan kemudahan asas yang
    lengkap di semua ladang.
    Langkahjangka panjang :-
    i) Mewujudkan satu undang-undang baru yang menetapkan pemilik ladang
    supaya menyediakan tempat tinggal untuk pekerja ladang seperti yang
    termaktub dalam buku biru (Blue Book)
    ii) Menubuhkan asrama bagi anak-anak pekerja ladang khususnya bagi
    ladang di kawasan luar bandar.
    Hi) Memastikan setiap ladang mempunyai sekolah yang lengkap dengan
    keperluan yang sepatutnya.
    iv) Memastikan setiap ladang yang ingin dibangunkan mematuhi ketetapan
    dan peraturan yang telah ditetapkan iaitu dengan mengutamakan
    kebajikan dan kepentingan pekerja dipelihara sebelum sebarang projek diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.