MASALAH TANAH BAGAN SEKINCHAN
49) MASALAH TANAH BAGAN SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses permohonan tanah lorong 6 - 12 yang telah diluluskan oleh MMKN pada tahun 2011?
Pembatalan Warta Kerajaan di kawasan Bagan Sekinchan, Pekan Sekinchan Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 77 ekar telah diluluskan oleh MMKN pada 4 April 2011. Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam telah mengemukakan Permintaan Ukur ke Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) untuk tindakan pengeluaran pelan warta pada 23 November 2011. Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam (PDTSB) telah mengemukakan Permohonan Pelan Akui kepada JUPEM. Pada 26 Jun 2013, JUPEM telah mengemukakan sesalinan draf warta pembatalan sebahagian kawasan Simpanan Melayu Tanjung Karang dan penggantian kawasan Simpanan Melayu di Sungai Tengar Utara, Mukim Sabak untuk persetujuan PDTSB. Pada 5 Julai 2013, PDTSB telah bersetuju ke atas draf warta tersebut.
