Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

7) MASALAH TANAH MENDAP DI KAWASAN PERUMAHAN JALANPLUMBUM SEKSYEN 7 SHAH ALAM.

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan- tindakan yang telah diambil oleh pihak PKNS untuk menyelesaikan masalah ini?

    Bagi menyelesaikan masalah tanah mendap yang menyeluruh di kawasan perumahan Jalan Plumbum, Seksyen 7 Shah Alam ialah:

    • PKNS telah melantik perunding pakar (geoteknikal) iaitu SCG Consultants Sdn Bhd bagi menjalankan ujian dan siasatan terhadap punca mendapan tanah yang menyebabkan kerosakan struktur bangunan bermula Jun 2012 sehingga Februari 2013. PKNS juga melantik perunding Mohd Asbi Associated Sdn Bhd sebagai “check consultant” untuk memberi pandangan alternatif terhadap kajian yang telah dijalankan oleh SCG Consultants Sdn Bhd.
    • Rundingan telah dibuat bersama MBSA, penduduk-penduduk terlibat serta para perunding yang dilantik untuk menyelaras semua tindakan yang sewajarnya diambil termasuk cadangan untuk pemindahan penduduk dari kediaman masing-masing.
    • Mesyuarat Ahli Perbadanan PKNS pada 25 Februari 2013 telah mencadangkan pembelian semula kesemua 48 unit yang terlibat dan mensyaratkan semua penduduk hendaklah bersetuju untuk menjual unit masing-masing. Sehubungan dengan itu, PKNS telah melantik tiga (3) jurunilai harta iaitu JPPH, Wan Malek dan IPC untuk menilai harga setiap unit rumah berdasarkan harga pasaran semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.