Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

81) MASALAH TEKANAN AIR RENDAH DI DUN TERATAI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam menangani masalah tekanan air rendah di DUN Teratai dalam tahun 2008 Ð 2013?

    Melalui Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS, berkuat kuasa pada 01 Januari 2005, semua aset bekalan air telah diserahkan untuk dikendalikan oleh SYABAS. Bermula dari tarikh tersebut, SYABAS adalah satu-satunya pihak tunggal yang telah diberikan kuasa untuk mengendalikan, menyelenggarakan dan mengoperasikan semua aset air di Negeri Selangor, wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    Sebagai operator tunggal, kawalan tekanan air adalah di bawah operasi SYABAS.  Semua data dan maklumat tekanan air dan meter yang berkenaan dikawal sepenuhnya SYABAS. Sepanjang tempoh 2008 – 2013, setiap kali berlakunya gangguan bekalan air, SYABAS akan menunding jari kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana isu ketidak cukupan air.

    Hakikat sebenar yang berlaku, sebagai operator SYABAS telah tidak kompeten dalam melaksanakan tanggung jawab untuk membekalkan air kepada pengguna. SYABAS mendesak supaya sumber air ditambah ke dalam sistem agihan, sedangkan SYABAS tidak pernah mengakui kelemahan dalam menangani masalah Air Tidak Berhasil (NRW).  Kejadian paip pecah dan paip bocor yang tidak terkawal telah menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air kepada pengguna.

    Justeru itu, melihat kepada kegagalan SYABAS sebagai operator bekalan air tunggal, Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Sleangor sebagai penyelesaian jangka panjang ke atas semua masalah operasi yang dihadapi oleh seluruh rakyat Negeri Selangor termasuk penduduk di DUN Teratai. Namun usaha Kerajaan Negeri itu tidak mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Persekutuan walaupun Kerajaan Persekutuan menyedari  akan kegagalan SYABAS tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.