MASALAH TIKUS DAN LIPAS

15) MASALAH TIKUS DAN LIPAS

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah tikus dan lipas yang semakin serius?

    Permasalahan tikus dan lipas adalah perkara yang kerap berlaku di kawasan kependudukan berkepadatan tinggi yang mengalami proses urbanisasi terutama di kawasan bandar. Ia juga dikaitkan dengan keadaan persekitaran terutama di kawasan penduduk yang tidak dijaga secara sempurna kebersihannya dengan pembuangan sampah dan sisa makanan yang tidak teratur dan kawasan pembuangan sampah yang terbiar tanpa penyelenggaraan yang sempurna. Bagi menangani permasalahan ini, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan akan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:

    1. Menjalankan pemeriksaan terutamanya di premis makanan dan restoran bagi  memastikan premis-premis ini bersih, bebas dari sebarang rodensia serta
    2. mendapatkan khidmat ‘pest control operator’ yang berlesen dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak.
    3. Menjalankan kerja pemasangan umpan racun tikus di kawasan yang bermasalah terutamanya tapak pasar pagi dan pasar malam dan juga   kawasan yang terdapat  aduan awam berkaitan masalah
    4. Mengenal pasti tempat pembiakan tikus dan lipas dan menggunakan racun pembunuh tikus dan lipas yang bersesuaian.
    5. Meningkatkan penglibatan masyarakat melalui Jawatankuasa Penduduk, Persatuan Peniaga dan penduduk setempat dengan menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan. vi. Menjalankan kerja-kerja pemasangan umpan racun di kawasan yang dijalankan gotong-royong anti denggi.
    6. Meningkatkan pendidikan kesihatan antaranya dengan mengedarkan risalah dan ceramah.
    7. Memastikan sampah diangkut mengikut jadual.
    8. Melaksanakan beberapa tindakan pencegahan seperti meracun, meletakkan perangkap atau gam, menutup lubang-lubang laluan tikus dan pembersihan longkang-longkang dari sisa-sisa makanan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.