Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

106) MASALAH TIMBUNAN PASIR DI MUARA SUNGAI DAN HAKISAN PANTAI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan kawasan muara sungai yang dikenalpasti sering mengalami masalah timbunan pasir yang serius di Seluruh Daerah Sabak Bernam?

    • Muara beting kepah- mempunyai masalah pasir yang kritikal, memerlukan kerja-kerja membuang pasir dengan kadar kekerapan 3 tahun sekali (kali terakhir kerja dilaksanakan dikawasan ini pada tahun 2011 menggunakan peruntukan persekutuan kelas E-anggaran harga RM 350,000.00)
    • Muara BNO- terdapat masalah pasir, kawasan ini telah lama tidak diselenggara dan perlu diselenggara, kawasan ini merupakan kawasan nelayan yang berkapasiti tinggi, namun kawasan ini masih belum sesuai dilaksanakan kerja membuang pasir kerana terdapat kerja membina kunciair BNO.(kerja-kerja mengorek muara perlu dilaksanakan setelah kerja pembinaan Kunciair siap).
    • Muara Sungai Burung- mempunyai masalah pasir. Kerja-kerja mengorek muara telah dilaksanakan pada tahun 2011 menggunakan peruntukan persekutuan (kelas f- anggaran RM 100,000.00). Walaubagaimanapun muara tersebut masih terdapat masalah pasir.
    • Muara Teluk Rhu-kurang masalah pasir, kerana kerja-kerja pengorekan muara dan pembinaan groyn bagi menghalang pasir telah dibuat anggaran tahun 2009-2010) menggunakan peruntukan persekutuan
    • Muara sekendi- tiada masalah pasir kritikal dilaporkan
    • Muara Sungai pulai- terdapat masalah pasir namun kerja-kerja mengorek muara telah dilaksanakan menggunakan peruntukan negeri pada tahun 2010(kelas D –anggaran harga RM800,000.00)
    • Muara Sg Lang- tiada masalah pasir, muara ini terdapat hutan bakau dan tiada masalah pasir setakat ini.
    • Muara Sungai Besar- tiada masalah pasir kritikal dilaporkan
    • Muara Sungai Haji Dorani – kerja-kerja mendalamkan muara telah dilaksanakan pada tahun 2011 (tiada masalah pasir dilaporkan setakat ini) peruntukan negeri kelas D – anggaran RM 500,000.00
    • Muara Sungai Nipah- tiada masalah pasir kritikal dilaporkan

Lampiran

Tiada Lampiran.