Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

241) MASALAH YANG DIHADAPI OLEH INDUSTRI, PARA PENIAGA DAN PENDUDUK DI BUKIT SENTOSA, BUKIT BERUNTUNG, SUNGAI BUAYA DAN KAWASAN PERSEKITARAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bolehkah Y.A.B. MB serta Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam nyatakan tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah yang masih dihadapi oleh industri, para peniaga dan penduduk di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Sungai Buaya dan kawasan persekitaran di mana infrastruktur, kegiatan ekonominya masih malap walaupun setelah hampir 20 tahun kawasan itu dibangunkan?

    Permasalahan di Bandar Bukit Beruntung / Bukit Sentosa merupakan  priority  utama bagi Majlis Daerah Hulu Selangor. Pelbagai usaha dan perancangan telah dan di dalam pelaksanaan pihak MDHS bagi menjadikan kawasan berkenaan kembali membangun setara bandar-bandar lain di Hulu Selangor.

     

    Sejak tahun 2006, pelbagai perancangan telah dijalankan bagi menarik pelabur / pengusaha dan stakeholder / anchor bagi melabur dan menjalankan pelaburan di Bandar Bukit Beruntung.

     

    Bagi mengawal pembangunan, pihak MDHS telah mengambil langkah proaktif dengan membekukan tanah-tanah pembangunan di sekitar Serendah / Sungai Buaya di dalam Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2020 bagi memberi tumpuan pembangunan di Bandar Bukit Beruntung / Bukit Sentosa.

     

    Bagi menjadi anchor utama di Bukit Beruntung, pihak Tesco Distribution telah membuka gudang pengedaran terbesar (repacking) seluas 50 ekar di Bukit Beruntung dan diluluskan oleh pihak MDHS pada Mei 2008. Selain itu, bagi menarik penduduk untuk mendiami Bukit Beruntung serta menggalakkan aktiviti perniagaan, pihak MDHS telah menjemput pihak Tesco untuk membuka Tesco Store di Bukit Sentosa yang telah dibuka pada 2011.

     

    Bagi pembangunan institusi, pihak Polis Diraja Malaysia telah mengambil alih Kolej Aman, Bukit Sentosa dan dijadikan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa. Di samping itu, sepanjang 2006 hingga kini, pihak MDHS telah meluluskan 2 Sekolah Rendah dan 1Sekolah Menengah Kebangsaan di Bukit

     

    Beruntung / Bukit Sentosa di bawah Rancangan Malaysia ke-10 Kementerian Pelajaran. Di samping itu sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil telah dibuka di Bukit Beruntung. Bagi kemudahan keagamaan, pihak Jabatan Kerja Raya kini sedang membina Masjid kedua Bukit Beruntung bagi menampung limpahan jemaah masjid sedia ada. Selain itu Pihak PERODUA juga di dalam proses pembinaan masjid ketiga bagi kawasan Bukit Beruntung / Bukit Sentosa yang dijangka siap pada 2014.

     

    Aktiviti perindustrian juga berjalan rancak. Ini ditunjukkan dengan 98% lot industri di Jalan Jasmine Bukit Beruntung telah dibina kilang-kilang. Selain itu, Benelli Keeway, pengilang utama motosikal Benelli memilih untuk membuka kilang pemasangan di Bukit Beruntung dan telah siap beroperasi pada 2012. Lot-lot kilang di Bukit Beruntung / Bukit Sentosa merupakan pilihan utama bagi pengilang vendor bagi PERODUA, PROTON dan TAN CHONG (Nissan).

     

    Terkini, pihak MDHS sedang berbincang bersama pihak PERODUA bagi menyediakan jalan terus dari persimpangan PERODUA ke Bukit Sentosa. Dengan pembukaan jalan ini, ia akan menjadi alternatif kepada penduduk Bukit Sentosa terus ke Tol Sungai Buaya selain Tol Bukit Beruntung kini. Pihak MDHS juga di dalam proses perbincangan secara berkala dengan agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk agensi berkenaan membangunkan kemudahan di Bandar Bukit Beruntung

    / Bukit Sentosa bagi kemudahan penduduk.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.