Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

168) MASJID DAN SURAU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Didapati ramai pemimpin politik Pakatan Rakyat yang membaca khutbah pada Sembahyang Jumaat di masjid dalam DUN Dusun Tua. Adakah mereka mempunyai tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)?

    Membaca khutbah pada hari Jumaat perlu mendapat tauliah dari JAIS termasuklah pemimpin politik. Arahan telah diberikan kepada semua masjid bagi melarang tokoh politik membaca khutbah di masjid-masjid bagi memastikan institusi masjid tidak dipolitikkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.