Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

154) MASJID JAMEK PEKAN KAJANG

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila jelaskan apakah masalah yang dihadapi sehingga menyebabkan kerja-kerja membaik pulih Masjid Jamek Pekan Kajang tersasar dari tarikh yang ditetapkan?

    Kontraktor yang dilantik tidak berkeupayaan menyiapkan kerja mengikut tarikh yang ditetapkan berikutan kontraktor mengalami masalah kewangan. Perincian projek adalah seperti di Lampiran.

    LAMPIRAN

    Maklumat Asas Kerja Membaikpulih Masjid Jamek Pekan Kajang

    Tajuk Kontrak : Cadangan Membaikpulih Masjid Jamek Pekan Kajang Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
    Pejabat Penyelia : JKR Daerah Hulu Langat
    Pejabat Penyelaras : JKR Negeri Selangor
    Pelanggan : Jabatan Agama Islam Selangor
    Kaedah Pengawasan : Kontrak Konvensional
    Nama Kontraktor : Ashraf Venture Development Sdn Bhd
    Taraf : Bumiputera Kelas G5
    Alamat : No 8-3(B) Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
    Kos Kontrak : RM4,475,320.00
    Kos Kontrak + GST 6% : RM4,475,320.00
    Tarikh Masuk Tapak : 11hb November 2015
    Tarikh Kerja Siap (Asal) : 3hb Januari 2017
    Tempoh Kontrak : 60 Minggu
    Tempoh Liabiliti Kecacatan : 12 Bulan
    Tarikh Siap Semasa : 10hb Mac 2017
    L.A.D : RM800.00
     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.