Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

137) MASJID SUNGAI RAMAL DALAM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pembinaan masjid baru di Kampung Sungai Ramal Dalam yang berskala besar kini tertangguh disebabkan kekurangan dana. Sekiranya projek ini terbengkalai ini akan mengakibatkan kacau ganggu kepada kawasan kampung. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengelakkan projek yang besar ini daripada menjadi sebuah projek terbengkalai?

    Pembinaan Masjid Kampung Sungai Ramal Dalam telah dilaksanakan oleh pihak kariah masjid sendiri tanpa penglibatan Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Kerja Raya Selangor. Projek tersebut tidak termasuk dalam perancangan JAIS di bawah RMK-11.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.