Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

19) MASJID UMMAH-SENTRIK

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan telah membina banyak masjid. Apakah pelan tindakan kerajaan untuk memastikan agar masjid-masjid benar-benar berfungsi untuk membangunkan khaira ummah?

    Pelan tindakan yang diambil bagi memastikan masjid-masjid berfungsi untuk membangunkan khaira ummah:

     

    • Memperkasa pegawai dan jawatankuasa masjid seluruh Selangor untuk menggerak dan mempelbagaikan fungsi masjid sebagai pusat ilmu, pusat tarbiyah, dakwah, kebajikan, sosial, ekonomi dan perpaduan ummah,

     

    • Menggerak dan mengaktifkan fungsi serta peranan masjid bersama NGO Islam, ahli korporat dan ahli kariah,

     

    • Bekerjasama dengan persatuan belia untuk menarik minat remaja/ belia untuk turut hadir ke masjid.

Lampiran

Tiada Lampiran.