Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

77) MASS RAPID TRANSIT (MRT)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembinaan MRT?

    Pada masa ini, sebarang pelan perancangan pendidikan di Negeri Selangor oleh Kerajaan Negeri adalah berdasarkan bidang kuasa yang ada. Terdapat beberapa sidang meja bulat atau konvensyen pendidikan telah dirangka bagi membincangkan secara terperinci pelaksanaan pendidikan di Negeri Selangor. Program terkini yang telah dilaksanakan ialah Seminar Hala Tuju Pendidikan yang membincangkan secara terperinci berkenaan pelaksanaan program Dwi Bahasa di dalam pengajaran mata pelajaran Sains, Matematik dan Sains Teknologi yang telah dilaksanakan pada 5 Mac 2016 yang

     

    Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan telah merangka beberapa strategi untuk memantapkan sektor pendidikan di Negeri Selangor, antaranya ialah :

     

    • Program Peringkat   Pendidikan   Awal,   Menengah   dan   Rendah   yang bertujuan untuk:

     

    • memantapkan kemahiran guru negeri Selangor;
    • membangunkan kapasiti pelajar daripada aspek akademik dan sahsiah;
    • meningkatkan peratus   pencapaian   pelajar-pelajar    negeri   Selangor dalam SPM;
    • membudayakan ilmu di kalangan rakyat negeri Selangor; dan
    • memantapkan kemahiran pengusaha tadika dan guru-guru pendidikan awal di negeri

     

    • Program Peringkat Pendidikan Tinggi yang bertujuan untuk:

     

    • membangunkan kapasiti kepimpinan mahasiswa Selangor;
    • memartabatkan ilmuwan di kalangan masyarakat;
    • melahirkan mahasiswa yang berdaya saing dan memenuhi kehendak pasaran kerja;
    • mengantarabangsakan IPT Selangor; dan
    • meningkatkan kualiti tenaga pengajar di IPT

     

    Bantuan

    Beberapa bentuk bantuan pendidikan ditawarkan oleh Kerajaan Negeri untuk meringankan beban rakyat di dalam pendidikan adalah:

    • Program Bantuan Subsidi Yuran Tadika iaitu Skim Bantuan Tadika Selangor atau TUNAS;
    • Program Bantuan Tuisyen Percuma kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia iaitu Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS);
    • Program bantuan sara diri kepada pelajar UNISEL, KUIS dan INPENS yang dikenali sebagai Program Bantuan Sara diri mahasiswa Selangor;
    • Program Biasiswa Khas kepada anak Selangor yang menyambung pengajian di UNISEL dan KUIS iaitu Biasiswa Selangorku;
    • Program Biasiswa khas bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah iaitu Program Brain Bank; dan
    • Program pinjaman boleh ubah di bawah Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.