Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

184) ISU PENCEMARAN AIR SUNGAI DAN GANGGUAN BEKALAN AIR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak tahun ini, telah berlakunya 4 kali kejadian pencemaran air sungai dan menyebabkan gangguan bekalan air. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap semua pihak bersalah?

    Bil Nama Premis Tarikh kejadian Jenis Pencemaran Tindakan yang dikenakan Status Kes
    1. Devaraj a/l Shanmugam

     

     

     

     

     

    Maduraiveran Pillai a/l Nageswara

    19 Mac 2019 Membuang bahan buangan yang mengandungi minyakke dalam kolam takungan banjir di Taman Eng Ann Pendakwaan sedang dijalankan di Mahkamah Sesyen di Klang. OKS 1 masih dalam prosiding perbicaraan.

     

     

     

     

    OKS 2 telah mengaku salah dan dihukum denda RM 25,000.00.

    2. Syarikat Ngo Chew Hong 26 Jun 2019 Menyebabkan pelepasan atau kemasukan efluen kilang sehingga menyebabkan pencemaran bau di Sungai Semenyih. Surat Arahan diberikan kepada premis untuk menghentikan operasi kilang dan menjalankan langkah-langkah mitigasi pengawalan pencemaran. Pihak premis telah mematuhi surat arahan yang diberikan.
    3. Kumpulan Semesta Sdn Bhd 21 Julai 2019 Gagal mematuhi syarat Kebenaran Bertulis sehingga menyebabkan kemasukan atau pelepasan minyak ke dalam Sungai Selangor. Kertas siasatan telah dibuka. Kertas siasatan telah dipanjangkan kepada pihak Timbalan Pendakwaraya untuk arahan selanjutnya.

     

    Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri bagi memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Pelbagai usaha telah diambil untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan penjagaan sumber air.

     

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mewartakan semua 7 empangan di Negeri Selangor di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999. Selain itu, sejumlah 413 (40%) daripada jumlah keseluruhan 1026 batang sungai kini turut telah melalui proses pewartaan di bawah peruntukan yang sama. Tujuan pewartaan ini adalah untuk melindungi sungai dan rizab sungai daripada gangguan kepada kuantiti, kualiti dan persekitarannya.

     

    Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui LUAS dan Pengurusan Air Selangor juga telah membangunkan beberapa stesen telemetri kualiti air di hulu dari muka sauk sebagai sistem amaran awal /early warning system kepada muka sauk bekalan air jika berlakunya pencemaran di hulu.

     

    Kerajaan Negeri melalui LUAS telah menubuhkan Jawatankuasa Pemuliharaan Sungai-sungai Negeri Selangor yang dipengerusikan YB. EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam bagi mempergiatkan usaha dan menggalakkan penglibatan  agensi, komuniti, NGO dan pihak berkepentingan dalam aktiviti pemuliharaan sungai-sungai di Negeri Selangor.

     

    Pemantauan berkala dilaksanakan oleh Lembaga bersama agensi berkaitan bagi memastikan sumber air dan kawasan tadahannya terpelihara daripada aspek kualiti dan kuantitinya.

     

    Penguatkuasaan perundangan yang diperuntukkan juga dilaksanakan secara holistik dalam penjagaan sumber air, antaranya :

     

    1. pelesenan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor),

     

    1. pemberian Kebenaran Bertulis bagi Aktiviti Pengubahan Sumber, dan

     

    • pengeluaran Notis Pemberitahuan Kesalahan, Kompaun dan pendakwaan bagi setiap kesalahan yang berkaitan dengan sumber air.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.