Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

227) MASYARAKAT HARMONI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan dalam meningkatkan kesefahaman dan penghayatan ketamadunan budaya majmuk masyarakat kita ?

    Usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kesefahaman dan penghayatan ketamadunan budaya majmuk masyarakat adalah dengan menganjurkan program perayaan bagi setiap agama secara terbuka bagi membolehkan semua masyarakat di Negeri Selangor dapat bersama-sama merasai dan memahami budaya agama yang lain. Ini akan meningkatkan rasa hormat menghormati antara kaum kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk menyambut hari kebesaran masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.