Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

56) MATLAMAT JANGKA PANJANG PROGRAM HIJRAH

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ukuran keberkesanan program ini?

    Hijrah Selangor dengan kerjasama UNISEL / IDE telah merangka satu kajian impak yang akan dilaksanakan pada tahun 2017. Kertas cadangan penyelidikan kepada Kerajaan Negeri telah disediakan.

    Walau bagaimanapun, pihak IDE telah melaksanakan satu kajian secara rawak ke atas peminjam Hijrah Selangor Cawangan Sungai Besar pada 14 hingga 15 Mei 2016. Hasil kajian mendapati sebanyak 80.4% mengakui peminjam Hijrah Selangor mampu menghapuskan hutang petani dan nelayan dari pinjaman kepada peraih (orang tengah).

    Seramai 8283 orang dengan nilai pinjaman RM 96.3 Juta telah selesai membayar balik dengan baik bagi pusingan pertama. Daripada jumlah ini, seramai 6975 orang (84.2%)  telah membuat pinjaman ulangan bernilai besar dan baki 1307 orang (15.8%) tidak keluar dari ahli Hijrah tetapi tidak meminjam (tunggu jika perlu).

    Sekiranya peminjam-peminjam ini tidak mendapat pulangan yang baik hasil dari pinjaman Hijrah berkemungkinan mereka akan gagal untuk meneruskan pinjaman ulangan dengan bernilai besar.

Lampiran

Tiada Lampiran.