Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

63) MB INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah staf yang berkhidmat utk MBI dan apakah jumlah gaji dan elaun yang diberikan kepada mereka setiap bulan?

    Untuk makluman berdasarkan kepada pembayaran gaji Julai 2018 terdapat seramai seratus sembilan belas (119) staff MBI yang dilantik secara tetap dan kontrak sepenuh masa ini. Walaubagaimanapun maklumat berkaitan gaji dan elaun warga kerja adalah sulit dan persendirian. Pihak syarikat adalah tertakluk kepada peraturan syarikat dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang menjamin kerahsiaan maklumat peribadi warga kerja.

Lampiran

Tiada Lampiran.