Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

243) MBPJ DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme penyelarasan antara kerajaan negeri dan MBPJ dalam menjayakan program ini?

    1. Program yang dilaksanakan di bawah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBPJ turut melibatkan penyelarasan berkaitan pameran dan kaunter MES dari pihak kerajaan Negeri Selangor. Sebagai contoh program Mesra Rakyat di Desa Mentari dan Seminar Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) ”Memperkasa Komitmen Ke Arah Isi Rumah Berpendapatan Tinggi” yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Pihak Majlis turut memberi kerjasama dan komitmen dengan memberi data-data kebajikan rakyat di Petaling Jaya terhadap pelarasan kemasukan data ke dalam sistem IWORKFARE Kerajaan Negeri Selangor. Pihak Majlis turut memberi kerjasama menyokong usaha kerajaan negeri untuk membangunkan usahawan di Selangor dengan memberi maklumat kepada golongan yang berkenaan berkaitan latihan, seminar yang disediakan oleh pihak kerajaan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.