Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

105) MEDAN SELERA BOT DI TAMAN PUTRA DUN TERATAI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Walaupun kontrak sudah tamat mengapakah medan selera di Taman Putra boleh meneruskan perniagaannya tanpa kelulusan di Mesyuarat Ahli Majlis MPAJ?

    Tawaran (kontrak) asal kepada pengusaha BOT tersebut adalah 5 tahun. Walau bagaimanapun terdapat persetujuan di beberapa mesyuarat sebelum ini bahawa tempoh tersebut dipersetujui sehingga 15 tahun, tetapi belum ada perjanjian rasmi dibuat kerana status tanah. Pihak pengusaha telah membuat rayuan dan sedang dalam penelitian Majlis. Maka perniagaan dibenarkan sehingga keputusan muktamad dibuat

    Majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.