Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

113) MEDAN SELERA DAN GERAI MILIK PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendekatan Kerajaan Negeri Selangor bagi mewujudkan lebih banyak medan selera dan gerai bawah PBT untuk mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi kepada peniaga kecil?

    Bagi mewujudkan lebih banyak medan selera dan gerai, PBT mensyaratkan pemaju untuk membina kemudahan awam termasuk dewan, tadika, gerai dan menyerahkan bangunan tersebut kepada pihak PBT yang kemudiannya boleh disewakan kepada penyewa dan peniaga tempatan. Perkara ini biasanyadisyaratkan di dalam Kebenaran Merancang.

Lampiran

Tiada Lampiran.