Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

170) MEDAN SELERA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Medan selera merupakan tempat makanan yang dilanggan orang ramai. Ia biasanya dibuka waktu petang dan malam. Baru-baru ini, terdapat penjaja di situ pun berbuka meniaga pada waktu tengah hari mengakibatkan aduan dari pengurus kedai makanan dan restoran di bangunan persekitaran. Apakah dasar berkenaan waktu buka / niaga untuk medan selera yang diuruskan oleh PBT?

    Majlis tidak mengenakan syarat waktu / masa perniagaan bagi medan selera, walaubagaimanapun majlis boleh mengenakan  syarat waktu perniagaan sekiranya terdapat gangguan atau masalah kepada penduduk sekitar

Lampiran

Tiada Lampiran.