Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

300) MEKANISME ADUAN PBT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri ada merancang sebarang mekanisme untuk memastikan kerajaan tempatan mengambil tindakan pantas dalam menyelesaikan aduan-aduan rakyat?

    Bermula tahun 2013, Kerajaan Negeri telah bersetuju agar setiap PBT menubuhkan Pasukan Tindakan Segera atau dikenali sebagai PANTAS. Pasukan ini berperanan dalam mengendalikan kes kecemasan dan bencana di seluruh Negeri Selangor berdasarkan pemantauan dan juga aduan rakyat. Kewujudan PANTAS ini telah banyak menyelesaikan masalah segera aduan rakyat khususnya kepada banjir, tanah runtuh, runtuhan, ribut, kemalangan dan kebakaran.

    Bagi isu selain kecemasan dan bencana, setiap PBT mempunyai mekanisma masing-masing dalam menyelesaikan aduan rakyat melalui pelbagai saluran sama ada talian telefon, sosial media, emel dan apps. Setiap PBT akan berusaha untuk mengambil tindakan segera ke atas aduan berdasarkan keadaan dan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara. Selain itu, pada masa ini PBT sedang meneliti cadangan Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) agar setiap PBT disarankan supaya menubuhkan satu Unit Khas untuk mengenal pasti masalah, membuat rondaan dan  membuat penguatkuasaan ke atas setiap kesalahan dan kerosakan yang ditemui. Cadangan ini akan diteliti mengikut kemampuan dan kesesuaian PBT masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.