Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

286) MEKANISME BANTUAN MEMBANGUN USAHAWAN KE ARAH KEJAYAAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan negeri mempunyai mekanisme khusus untuk memastikan usahawan berpotensi dibantu secara menyeluruh dan berterusan?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berhasrat dan berusaha membantu meningkatkan potensi usahawan-usahawan di Negeri Selangor. Mekanisme yang digunakan di dalam memastikan bantuan dan potensi yang diberi dan dibangunkan tersebut adalah dengan mewujudkan program-program dan Jawatankuasa Tetap yang saling berkaitan. Bermula dari usahawan yang baru menceburkan diri di dalam bidang perniagaan, Kerajaan Negeri telah menawarkan bantuan Skim Mikrokredit iaitu Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL) dan Skim Mikrokredit Bandar (MiMBAR). Apabila usahawan tersebut telah mencecah tempoh pengoperasian dua (2) tahun dan masih bertahan (masih meneruskan operasi), peranan dan tanggungjawab membangunkan potensi perusahaan tersebut akan diambil alih pula oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan. Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan akan menawarkan bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor yang boleh mencecah nilai bantuan sehingga RM30,000.00 per usahawan. Disamping memberikan bantuan yang boleh mencecah sehingga RM30,000.00, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan akan berperanan mendidik dan mendedahkan usahawan tersebut kepada perniagaan antarabangsa seperti “Foreign Direct Investment” (FDI), “Free Trade Agreement” (FTA), “ASEAN Economic Committee” (AEC), eksport dan import terutamanya ke Negara China dan Vietnam dan seterusnya akan diteruskan pula proses pengembangannya oleh Jawatankuasa Tetap

    Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana. Kerajaan Negeri juga sedang di dalam proses mewujudkan Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Selangor untuk mengawal selia dan memastikan keberkesanan mekanisme ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.