Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

100) MELINDUNGI KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memelihara Kampung Tradisi daripada dicemar oleh aktiviti-aktiviti pembangunan haram seperti yang berlaku di Kampung Tradisi Pulau Indah, Pelabuhan Klang?

    Berdasarkan kepada Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 4) 2020, Kampung Tradisi telah dizonkan sebagai kawasan perumahan.

    Bagi memastikan Kampung Tradisi terhindar daripada dicemar oleh aktiviti- aktiviti pembangunan haram, Majlis Perbandaran Klang akan melaksanakan pemantauan berterusan dan akan mengeluarkan notis penguatkuasaan ke atas aktiviti-aktiviti pembangunan haram dibawah kesalahan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

    Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Kajian Pelan Halatuju Strategik Desa Negeri Selangor 2016 – 2035 telah mengenal pasti inisiatif SmartDesa Mampan iaitu pembangunan secara bijak, dengan mengambil berat terhadap pengurusan sumber jaya desa secara terkawal dan pembangunan ekonomi dan ruang (spatial) secara terancang terutamanya di 368 buah Kampung Tradisi daripada keseluruhan 519 buah kampung di Negeri Selangor.

    Berdasarkan kepada Teras 3 Kluster Smart Desa iaitu Mengutamakan prinsip pembangunan mampan dan memelihara warisan alam dan sumber semulajadinya, Kerajaan Negeri komited untuk memastikan perkampungan tradisi di seluruh Negeri Selangor dirancang dan dibangunkan secara holistik termasuklah melindungi Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan kawasan pertanian.

Lampiran

Tiada Lampiran.